Monday, August 18, 2008
Persahabatan yang telah terbina ibarat dua buah jambatan yang
menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika
ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu:
orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agama mu, maka orang itupun menafaatkan ilmunya kepada mu.
Kedua ialah orang yang engkau sendiri menafaatkan ilmu agama mu kepadanya,
lalu ilmu itu di-terima daripada mu dan diamalkannya.
Ketiga orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan padanya, maka yang lebih eloknya larilah kamu daripadanya.