Custom Search

I Love Bugisiah Islamic Secondary School

Saturday, January 8, 2011


Assalamu'alaikum...

Salam sabtu. Dalam hidup ni kadang-kadang kita rasa diri kita ni sibuk sangat, kadang-kadang rasa macam tak ada benda nak buat, kadang-kadang rasa macam nak menyibuk dan kadang-kadang kita rasa terganggu dengan yang menyibuk tak tentu pasal hal kita. Ni lah benda yang amat menaikkan temprature darah Wan buat kesekian kalinya.

Bila hal peribadi kita diselidik, diselongkar, dicek itu dan ini mana bulih tak naik darah. Dan kalau ini terjadi pada diri anda pun sama jugak rasanya, kecuali lah kalau anda dah kalis dan tak berkesah langsung pasal hal peribadi anda yang dicanang ke mana-mana.

Wan agak terganggu bilamana orang yang bertudung litup, berkopiah atas kepala amat SUKA menyibuk pasai ni. Bukan nak cakap jahat, tapi memang jahat pun lah, senang terus terang cakap tak payah nak cover mulut lagi.

Dalam hidup, kadang-kadang kita ada salah silap, terlanjur kata tersalah perbuatan, tapi jangan la sampai mencanang ke serata alam, bukan artis pun, kalau artis ni lain la kan. Sekarang fikirkan lah apa yang kita lakukan seharian ni samada mem'busybody'kan diri atau di'busybody.

Sampai jumpa lagi. Majulah kebun untuk keluarga. Hehehe.

Wassalam.

Salam Aidilfitri

Friday, September 26, 2008


Salam buat sahabat, rakan, teman...

Sempena hari yang penuh keberkatan ni saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjengah ke blog saya yang tak seberapa ni...

Memang dah lama saya tak menulis dalam blog ni sejak ramadan menjelang. Kesibukan yang tak di sengajakan membuat terbatasnya hajat nak menulis. Kadang hanya masuk untuk menjengah ke kotak emel. Terkadang masuk hanya untuk menghantar emel kepada teman yang menyapa.

Ramadan kian meninggalkan kita, amat sayu dihati kerana banyak masa yang dihabiskan begitu sahaja tanpa mempedulikan akan ganjaran yang di berikan di bulan ramadan ni. Semoga di sepuluh malam terakhir ni dapat saya tambahkan apa yang patut untuk kehidupan akhirat sana.

Salam Aidilfitri, mohon ampun dipinta andai ada salah laku dan bahasa.

Sekian, wassalam.