Friday, September 26, 2008
Salam buat sahabat, rakan, teman...
Sempena hari yang penuh keberkatan ni saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjengah ke blog saya yang tak seberapa ni...
Memang dah lama saya tak menulis dalam blog ni sejak ramadan menjelang. Kesibukan yang tak di sengajakan membuat terbatasnya hajat nak menulis. Kadang hanya masuk untuk menjengah ke kotak emel. Terkadang masuk hanya untuk menghantar emel kepada teman yang menyapa.
Ramadan kian meninggalkan kita, amat sayu dihati kerana banyak masa yang dihabiskan begitu sahaja tanpa mempedulikan akan ganjaran yang di berikan di bulan ramadan ni. Semoga di sepuluh malam terakhir ni dapat saya tambahkan apa yang patut untuk kehidupan akhirat sana.
Salam Aidilfitri, mohon ampun dipinta andai ada salah laku dan bahasa.
Sekian, wassalam.