Custom Search

Oh Ayah!!!

Tuesday, September 2, 2008





Salam ramadan...

Hari ini bersua kembali aku dengan 1 ramadan. Memang amat bermakna ramadan kali ini kerana aku akan berpuasa tanpa kehadiran seorang ayah. Hanya aku dan isteri. Laungan suara ayah yang mengejutkan sahur terngiang-ngiang dicuping telinga aku. Walaupun aku berjauhan dari ayah tetapi ingatannya terhadap aku tetap tak pernah dilupakan. Sepanjang 30 hari berpuasa tak pernah sekali pun lupa untuk mengejutkan aku walaupun hanya melaui panggilan talipon. Kadangan 'miskol' macam orang muda katanya.

Kini suaranya hanya tinggal kenangan. Pemergian ayah pada 1 Oktober 2007 telah membawa bersama segala kenangan berpuasa bersama ayahanda tercinta. Sahur hanya tinggal aku dan isteri bersama bonda tercinta yang berada di kampung. Kami berdua di perantauan bersahur dan berbuka. Tiada lagi peringatan bersahur, pertanyaan berbuka dan panggilan talipon bertanya kabar solat tarawikh dari arwah ayah. Namun ingatan tetap bertamu dilubuk hati. Kerinduan sesekali menapak. Mengalir juga air mata.

Ayah...
Besarnya jasamu padaku
Tak ternilai tunjuk ajar yang kau berikan

Ayah...
Ingatan ku padamu
Tetap terpahat kukuh dilubuk hati sanubari
Bersama ku iringi doa pada mu, agar tenang bersemadi di sana

Ayah...
Ramadan kali ini amat perit sekali
Ku tabahkankan hati tetap ku gagahi
Cik putih sentiasa menemani

Selamat tinggal ayah...

Tenanglah jasadmu bersemadi di sana...

اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعف عنه


اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعف عنه


اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعف عنه


Wassalam...